Taman Eko Rimba Selangor ditutup mulai 16 November

Taman Eko Rimba Selangor ditutup mulai 16 November

terkini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Semua Taman Eko Rimba dan aktiviti pendakian di Hutan Simpanan Kekal Negeri Selangor akan ditutup sepenuhnya selama lebih dua bulan bermula 16 November ini hingga 31 Januari 2027.

Jabatan Perhutanan Negeri Selangor berkata, penutupan itu dilaksanakan sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan risiko kemalangan serta memastikan keselamatan pengunjung berikutan musim tengkujuh.

Menurutnya, orang ramai dinasihatkan supaya tidak memasuki kawasan yang ditutup sepanjang tempoh berkenaan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Penutupan ini dilaksanakan sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan sebarang risiko kemalangan dan memastikan keselamatan pengunjung berikutan musim tengkujuh.

“Jabatan Perhutanan Negeri Selangor meminta kerjasama orang ramai untuk mematuhi arahan penutupan berkenaan demi keselamatan diri dan keluarga,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini