Loke tiba di MOT, hadir majlis perhimpunan bulanan buat kali terakhir

Loke tiba di MOT, hadir majlis perhimpunan bulanan buat kali terakhir

ANTHONY Loke tiba di ibu pejabat MOT, pagi ini bagi menghadiri majlis perhimpunan bulanan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Bekas Menteri Pengangkutan, Anthony Loke tiba di bangunan Kementerian Pengangkutan (MOT) bagi menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan buat kali terakhir hari ini, selepas peletakan jawatannya berkuat kuasa malam tadi.

Ketibaan beliau kira-kira 10 pagi itu disambut Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah dan Ketua Setiausaha MOT, Datuk Seri Jana Santhiran Muniayan.

Beliau turut menghadiri Majlis Cahaya MADANI sempena sambutan Deepavali yang dianjurkan kementerian itu, sekali gus menjadi antara penampilan terakhirnya bersama warga MOT.

Memuatkan artikel berkaitan…

Peletakan jawatan Ahli Parlimen Seremban itu berkuat kuasa malam tadi sebaik sahaja bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di kediamannya bagi menjalani baki hukuman penjara menerusi tahanan rumah

Loke sebelum ini menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 28 September lalu susulan keputusan Lembaga Pengampunan yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman melalui tahanan rumah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini