SEOUL: Korea Utara menguji sistem torpedo berkelajuan tinggi baharu semalam, yang dijadual mula digunakan oleh tentera laut negara itu pada awal 2027.
KCNA melaporkan, ujian itu berjaya mengesahkan keupayaan tempur sistem senjata berkenaan.
Bagaimanapun, agensi itu tidak mendedahkan spesifikasi atau maklumat lanjut mengenai torpedo berkenaan.
Memuatkan artikel berkaitan…
Oktober lalu, Pyongyang turut menguji sistem torpedo baharu Zam-2.0 yang dilengkapi teknologi kecerdasan buatan (AI).
Korea Utara giat memperkukuh keupayaan ketenteraan lautnya menerusi beberapa siri ujian senjata serta pengoperasian dua kapal pemusnah seberat 5,000 tan pada awal tahun ini.- AFP











