‘Arus sangat kuat, deras ketika kepala air’

‘Arus sangat kuat, deras ketika kepala air’

PASUKAN mencari dan menyelamat meneruskan operasi bagi mengesan tiga mangsa yang masih hilang dalam kejadian kepala air di Sungai Pertak, Hulu Selangor. - UTUSAN/M. FIRDAUS M. JOHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU SELANGOR: “Arus ketika itu sangat kuat dan deras. Kami hanya mampu berdiri dan melihat air mengalir. Batu-batu besar turut dihanyutkan arus.”

Saudara kepada mangsa lemas, V. Vijayan, 36, iaitu B. Partiban, 27, memberitahu, mangsa telah pergi ke kawasan air terjun bersama beberapa rakannya yang merupakan warga asing.

Katanya, dia juga sepatutnya menyertai mereka untuk mandi-manda namun tiba di lokasi agak lewat berbanding Vijayan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kejadian kepala air berlaku secara tiba-tiba kira-kira pukul 5.30 petang dengan arus deras membawa bersama kayu balak dan batu-batu besar.

“Arus kuat dan tinggi. Waktu itu kami hanya mampu berdiri dan melihat air mengalir. Batu-batu semuanya besar dan turut dihanyutkan arus,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Mayat Vjayan ditemukan di kawasan Jambatan Pertak, kira-kira 2.7 kilometer dari lokasi mangsa dihanyutkan kepala air.

Menurut Partiban, dia bersama tiga rakannya sempat menyelamatkan diri selepas keluar lebih awal dari kawasan sungai sebelum paras air meningkat mendadak.

Bagaimanapun, mereka tidak menyedari Vijayan turut dihanyutkan arus dalam kejadian itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini