Trump dakwa perang Iran 'sudah berakhir' - Utusan Malaysia

Trump dakwa perang Iran ‘sudah berakhir’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata, terdapat perkembangan positif ke arah mencapai perjanjian bagi menamatkan perang Iran selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Qatar, Sheikh Mohammed Abdulrahman Al-Thani di Rumah Putih.

Beliau memberitahu pemberita perang di Iran secara efektifnya sudah berakhir dari segi ketenteraan dan AS hanya mengekalkan keadaan sedia ada.

Trump turut berkata, keupayaan kepimpinan Iran sudah dilumpuhkan, namun beliau masih berusaha memastikan penyelesaian jangka panjang dicapai bagi menyekat program nuklear negara itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam hantaran di platform Truth Social, Trump berkata, kemungkinan AS menyambung semula serangan ketenteraan terhadap Iran adalah ‘sangat tipis’, sambil menyatakan negara-negara Teluk mahu keadaan sedia ada dikekalkan.

Sementara itu, Sheikh Mohammed berkata, beliau mengadakan perbincangan positif dengan Trump dan Naib Presiden AS, JD Vance pada Isnin.

“Bersyukur atas perbincangan positif bagi mencapai perjanjian dan membawa keamanan ke rantau ini,” katanya menerusi platform X.-AFP/AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini