PM umum bantuan tambahan RM2,500 untuk mangsa banjir

PM umum bantuan tambahan RM2,500 untuk mangsa banjir

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan tunai tambahan khas sebanyak RM2,500 kepada setiap mangsa banjir yang layak di Selangor.

Beliau berkata, pembayaran bantuan berkenaan dijangka bermula esok (10 November) bagi membantu meringankan beban mangsa yang terjejas akibat bencana banjir.

Katanya, pemberian bantuan itu bertujuan membantu mangsa menggantikan barangan keperluan rumah yang rosak atau musnah akibat banjir.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagaimanapun, kaedah pelaksanaan serta syarat kelayakan penerima akan diumumkan oleh agensi pelaksana dalam masa terdekat,” katanya di Facebook hari ini.

 Setakat ini, seramai 327 mangsa daripada 84 keluarga ditempatkan di lima PPS yang dibuka di daerah Kuala Selangor dan Shah Alam. 

Dalam perkembangan sama, Anwar turut mengarahkan supaya pelaksanaan projek tebatan banjir (PTB) dipercepatkan bagi menangani kejadian banjir berulang, khususnya di kawasan yang sering terjejas.

Katanya, langkah itu penting bagi memastikan usaha mengurangkan risiko banjir dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan selain melindungi keselamatan serta kebajikan penduduk yang terdedah kepada bencana berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini