PRU tak lama lagi, simpan bendera BN-PN elok-elok

PRU tak lama lagi, simpan bendera BN-PN elok-elok

AB. Rauf Yusoh ditemui pemberita semasa melawat Bilik Gerakan PN DUN Bemban, Jasin, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Jentera Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) perlu bersedia dengan menjadikan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang dalam masa terdekat.

Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, gabungan BN-PN tidak memerlukan masa lama untuk kembali menguasai Putrajaya selepas pembentukan permuafakatan politik yang diusahakan di Melaka.

“Putrajaya ini saya ingat tidak lama lagi. Bagi saya, saya rasa tidak lama lagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selepas habis pilihan raya 14 hari bulan, saya harap semua orang jangan buang-buang bendera. Cabut dan simpan elok-elok kerana nak beli sekali lagi tidak ada masa pun, modal pun kurang,” katanya berucap semasa melawat Bilik Gerakan PN DUN Bemban di sini hari ini.

Ab. Rauf berkata, kerjasama BN-PN yang digerakkan menjadi sebahagian daripada usaha membentuk permuafakatan politik bagi memastikan kejayaan di Melaka.

Kata beliau, kekuatan kerjasama diharap dapat menjadi landasan untuk BN bergerak lebih jauh dalam landskap politik negara.

“Semoga dengan kerjasama ini, permuafakatan Melaka yang kita tunggu akhirnya tiba dan akan membentuk satu kejayaan di Melaka. Insya-Allah, kita akan bergerak menuju Putrajaya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini