Pakar luar bantu operasi jantung HRPZ II, pengganti tiba Disember - Utusan Malaysia

Pakar luar bantu operasi jantung HRPZ II, pengganti tiba Disember

PERKHIDMATAN rawatan jantung di Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu, Kelantan beroperasi seperti biasa selepas pakar jantung meletak jawatan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Perkhidmatan klinikal dan pembedahan jantung di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) terus berjalan seperti biasa dengan bantuan pakar dari luar Kelantan yang hadir secara berjadual.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Datuk Dr. Mohd. Azman Yacob berkata, pihaknya sudah mengenal pasti pakar baharu dan dijangka melapor diri pertengahan Disember ini.

“Pakar turut hadir secara berjadual bagi memastikan operasi perkhidmatan pembedahan jantung di hospital berkenaan dapat diteruskan seperti biasa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Operasi klinikal berjalan seperti biasa, pembedahan berjadual akan dibantu oleh pakar datang secara berjadual,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kebimbangan orang ramai susulan berita peletakan jawatan pakar bedah jantung HRPZ II yang tular di laman sosial Facebook kelmarin.

Dr. Azman memberitahu, langkah itu bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan kepada pesakit tidak terjejas susulan peletakan jawatan pakar jantung di hospital berkenaan.

Terdahulu, tular dakwaan di media sosial bahawa pakar bedah jantung di hospital berkenaan telah meletakkan jawatan sehingga menimbulkan kebimbangan mengenai kesinambungan rawatan pesakit, termasuk dakwaan kes kritikal terpaksa dirujuk ke negeri lain. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini