LIV Golf tamat operasi selepas lima tahun 

LIV Golf tamat operasi selepas lima tahun 

SEJAK 2022, Dana Pelaburan Awam Arab Saudi (PIF) dianggarkan telah menyalurkan AS$5 bilion (RM20 bilion) kepada LIV Golf sebelum menghentikan pembiayaan itu secara mengejut awal tahun ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Liga golf profesional, LIV Golf bakal menamatkan operasi selepas gagal mencapai persetujuan dengan pelabur baharu bagi meneruskan kelangsungan kejohanan itu susulan kehilangan sokongan kewangan daripad Arab Saudi.

Menurut anggota lembaga pengarah LIV Golf, Gene Davis dan Jon Zinman, rundingan penstrukturan semula dengan firma pelaburan BC Partners Credit gagal mencapai persetujuan mengenai beberapa syarat utama perjanjian.

“Selepas mengambil kira keadaan semasa, kami berpendapat bahawa penamatan operasi secara teratur merupakan langkah paling bertanggungjawab untuk diambil oleh liga ketika ini,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

BC Partners Credit, pelabur utama bagi rancangan menghidupkan semula liga itu menerusi projek LIV 2.0, dilaporkan menarik diri selepas gagal mendapatkan komitmen penuh daripada beberapa pemain ternama.

Dalam kenyataannya, pihaknya sebelum ini menyokong rancangan yang mampu menyelaraskan kepentingan pemain dan pelabur serta menyediakan hala tuju bagi memastikan kelangsungan LIV Golf.

“Kami percaya urus niaga itu mampu menyediakan laluan yang kukuh untuk membina masa depan LIV Golf yang mampan.

“Walaupun liga ini mendapat sokongan besar, kami kecewa kerana semua pihak berkepentingan gagal mencapai persetujuan mengenai syarat yang boleh diterima bersama.

“Kami menghargai usaha gigih pihak pengurusan LIV Golf serta mengucapkan terima kasih kepada pemain yang menyokong masa depan liga ini dan memberikan kerjasama sepanjang proses berkenaan,” katanya.

Pelabur berkenaan sebelum ini berjanji menyediakan pembiayaan awal sehingga AS$300 juta (RM1.2 bilion) bagi menyokong rancangan penstrukturan semula liga itu.

Bagaimanapun, beberapa bekas bintang LIV Golf termasuk Jon Rahm mengumumkan keputusan untuk tidak menyertai versi baharu liga berkenaan, manakala beberapa pemain lain masih belum membuat keputusan.

Bryson DeChambeau, antara nama terbesar dalam liga itu yang terus memberikan sokongan, juga belum mengesahkan komitmennya untuk kembali beraksi.

LIV Golf secara rasmi memfailkan perlindungan kebankrapan pada September lalu, meskipun pengurusan liga sebelum ini berharap dapat melancarkan semula kejohanan itu sebagai LIV 2.0 musim depan. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini