Rafizi jangan hina pejuang reformasi, perlu minta maaf segera - Bekas MP PKR

Rafizi jangan hina pejuang reformasi, perlu minta maaf segera – Bekas MP PKR

N. GOBALAKRISHNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Parlimen PKR, N. Gobalakrishnan menyifatkan Datuk Seri Rafizi Ramli sebagai ‘bangsat politik’ dan ‘sampah masyarakat’ susulan kritikan pemimpin itu terhadap tokoh reformasi, Alias Yusof.

Beliau berkata, Rafizi sepatutnya menghormati jasa dan pengorbanan pejuang reformasi yang berjuang sejak awal penubuhan gerakan itu, bukannya memperlekeh individu yang banyak menyumbang kepada perjuangan PKR.

Katanya, sumbangan veteran seperti Alias yang juga dikenali sebagai Alias Rusila dari Marang, Terengganu, menjadi antara faktor yang membolehkan Rafizi mencapai kedudukan sebagai menteri sebelum ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sumbangan merekalah yang menjadikan kamu seorang menteri. Jangan terlalu ego. Kamu tidak kenal, jangan bercakap.

“Ini bukan kotak-kotak penipuan kamu. Ini bukan Scorpene, ini bukan 1MDB. Ini adalah kemuliaan seorang Melayu Terengganu,” katanya dalam satu kenyataan menerusi rakaman video di Facebook beliau.

Sebelum ini, Rafizi menerusi Podcastnya mengkritik Exco AMK, Amira Alias yang mendakwa Amira merupakan anak kepada bekas Ketua Cabang PKR Marang yang didakwa Rafizi tidak mengingati ikon pemimpin ini ketika zaman PKR susah.

Dakwa Rafizi, Alias hanya wujud selepas 2018 dan mereka yang memasuki PKR selepas tahun 2018 hanya untuk cari makan dan tidak tahu asal usul reformasi.

Gobalakrishnan berkata, Alias merupakan antara pejuang awal reformasi yang menerima dan membantu mereka ketika gerakan itu mula berkembang pada 1999, termasuk menyediakan tempat tinggal dan makanan kepada pejuang yang datang ke Terengganu.

Beliau turut mengimbas pengalaman ketika dibawa ke Terengganu oleh Alias, yang menyambut mereka di stesen bas sebelum membawa kumpulan pejuang reformasi berkenaan ke rumahnya.

Katanya, pengorbanan dan jasa individu seperti Alias tidak sepatutnya dipandang rendah, apatah lagi sehingga melibatkan penghinaan terhadap keluarganya.

“Alias ini pernah membawa kita ke Terengganu pada 1999, sejak awal lagi menerima kami di stesen bas. Kemudian membawa kami ke rumah mereka.

“Jangan hina keluarga pejuang besar ini,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa Rafizi segera memohon maaf kepada Alias serta seluruh pejuang reformasi yang disifatkannya telah banyak berkorban demi perjuangan parti.

“Saya sarankan kepada kamu, minta maaf segera kepada Alias dan pejuang-pejuang reformasi.

“Hari ini saya baru telefon Alias dan meminta maaf kerana PKR harus meminta maaf kepada orang-orang yang berjuang seperti Alias,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini