DAP terus jadi ‘modal’ raih undi Melayu

DAP terus jadi ‘modal’ raih undi Melayu

PILIHAN Raya Negeri (PRN) Melaka menjadi ukuran penting terhadap arah sokongan rakyat menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LINGGI: Isu DAP terus menjadi bahan kempen dalam persaingan politik terutamanya dalam meraih sokongan pengundi terutamanya di kawasan majoriti Melayu. 

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, sentimen perkauman kembali dibangkitkan kerana dianggap mampu membantu parti politik memperoleh kemenangan dalam pilihan raya.

Menurutnya, DAP menjadi antara sasaran utama apabila isu berkenaan digunakan untuk menarik sokongan pengundi Melayu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sekarang ini hal perkauman ini dia muncul semula dan dimainkan untuk beritahu bahawa sekarang ini pengundi-pengundi Tionghua dari peratusnya semakin kurang.

“Pengundi-pengundi Melayu peratusnya makin tinggi. Oleh itu kalau nak menang dalam pilihan raya main isu perkauman mudah menang kerana majoriti berada di pihak orang Melayu.

“Maka ditimbullah semula isu ini sekarang ini dan kita lihat DAP menjadi sasaran,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Beliau berkata, isu DAP bukan perkara baharu kerana parti itu pernah mempunyai hubungan rapat dengan Pas ketika kedua-duanya bekerjasama dalam Pakatan Rakyat.

Katanya, pimpinan Pas dulu pernah berkempen bersama DAP, malah pernah memberikan pujian kepada kepemimpinan parti berkenaan.

“Dalam pakatan dulu, di antara yang dijemput bersama ialah DAP. Itulah pertama kali pimpinan Pas berceramah dengan DAP.

“Selepas itu lahirlah Pakatan Rakyat di mana DAP tidak lagi dianggap sebagai musuh Melayu,” katanya.

Katanya, pendirian terhadap DAP berubah selepas hubungan politik kedua-dua parti berakhir pada 2015.

“Menjelang 2013 kita lihat kita masih bersama dan tahun 2015 baru berpisah. Barulah, DAP ni, datanglah DAP ni bahaya, DAP ni dengan Cina dan sebagainya,” katanya.

Mohamad menggesa supaya isu perkauman tidak terus dijadikan bahan persaingan politik, sebaliknya masyarakat perlu memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan daya saing ekonomi.

“Cukup-cukuplah main isu perkauman ini. Sebab itu kita nak berlawan dengan Cina ke dengan India, kita kena lawan dengan kerja. Kalau mereka boleh buat, kenapa kita tak boleh?

“Bukan maki kaum lain tapi kena lawan dalam bentuk bekerja,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini