Remaja Singapura antara tiga didakwa selepas pindaan akta lumba haram - Utusan Malaysia

Remaja Singapura antara tiga didakwa selepas pindaan akta lumba haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki Singapura yang sedang menjalani kehidupan ketenteraan wajib republik itu antara tiga individu didenda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret, di sini hari ini.

Ketiga-tiga lelaki itu iaitu, Syajahan Alfian Abdullah, 19; Muhammad Daniel Hakim Mohamad Rashid, 24; dan Gonzales Mckhovic anak George, 18, mengaku bersalah kerana berlumba haram dan menunggang motosikal secara berbahaya di Lebuhraya Linkedua Malaysia-Singapura, bulan lalu.

Mereka mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret, Nur Fatin Mohamad Farid.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mahkamah turut memerintahkan ketiga-tiga mereka dipenjara empat bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Syajahan Alfian didakwa menunggang motosikal pada kelajuan tinggi serta melakukan aksi menduga kelajuan di Kilometer 12.5 Lebuhraya Linkedua arah selatan, kira-kira pukul 2.10 pagi, 18 Oktober lalu.

Atas kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 42A(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 2026) yang memperuntukkan denda antara RM2,000 hingga RM10,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Muhammad Daniel Hakim dan Gonzales Mckhovic didakwa berlumba motosikal masing-masing di Lebuhraya Linkedua arah utara, bermula dari KM7.8 hingga KM18.2, kira-kira jam 2.10 pagi pada 18 Oktober 2026.

Kedua-duanya mereka didakwa mengikut Seksyen 42A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 2026) yang memperuntukkan denda antara RM2,000 hingga RM10,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Trafik, Inspektor S. Vikineswary, manakala ketiga-tiga tertuduh tidak diwakili peguam.

Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2026 (Akta 333) yang mula berkuat kuasa pada 16 Oktober lalu memperkenalkan hukuman lebih berat terhadap kesalahan lumba haram dan merempit melalui pengenalan Seksyen 42A.

Kementerian Pengangkutan dilaporkan berkata, akta yang meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) itu bertujuan meningkatkan keselamatan jalan raya, memperkukuh penguatkuasaan dan memodenkan penyampaian perkhidmatan JPJ.

Pindaan ini juga bertujuan menutup kelompongan undang-undang yang boleh menyebabkan pihak tertentu mengelak tanggungjawab terhadap kesalahan yang dilakukan menggunakan kenderaan masing-masing.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini