Tiada arahan undi Bersatu di kerusi tidak ditandingi PH

Tiada arahan undi Bersatu di kerusi tidak ditandingi PH

DZULKEFLY Ahmad (tengah) berbual dengan Adly Zahari ketika melawat reruai pameran selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera Peringkat Kebangsaan 2026 di sebuah pasar raya di Ayer Keroh, Melaka. - UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Pakatan Harapan (PH) tidak pernah mengeluarkan arahan kepada ahli dan penyokong untuk menyokong parti lain di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang tidak ditandingi gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16.

Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari berkata, ini termasuklah Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang meletakkan calon di tujuh kerusi.

Katanya, tumpuan PH hanyalah untuk memastikan kemenangan di 24 kerusi yang ditandingi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata, soal sokongan di kerusi yang tidak ditandingi PH diserahkan kepada pertimbangan ahli dan penyokong.

“Kita tahu bahawa bagi kerusi-kerusi yang tidak kita tandingi, memang kita tahu cabaran kita adalah kepada Barisan Nasional (BN) dan juga Perikatan Nasional (PN).

“Jadi saya fikir setiap penyokong dalam kawasan-kawasan yang tidak ditandingi oleh PH itu, mereka boleh memberikan fokus untuk memberikan sokongan.

“Itu (undi) adalah hak ahli-ahli kita dan juga penyokong-penyokong kita di kawasan-kawasan yang tidak kita tandingi. Tapi buat masa ini fokus kita adalah pada kawasan yang 24 yang kita tandingi,” katanya ketika ditemui pada Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera Peringkat Kebangsaan 2026 di sini hari ini.

Mengulas kemungkinan ahli dan penyokong PH memberikan sokongan kepada parti lain di kerusi tidak ditandingi, Adly berkata, PH tidak menetapkan sebarang arahan khusus tetapi mengakui saingan utama adalah BN dan PN.

“Kalau kita lihat, memang di peringkat PH fokus kita bukan pada arahan itu tetapi kita tahu saingan terbesar kita adalah BN dan juga PN.

“Itu sahaja. Jadi, saya yakin ahli-ahli kita pun faham bagaimana sokongan undi yang harus mereka berikan dalam pilihan raya negeri ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini