AGC rayu keputusan tempoh penjara pegawai kanan polis langgar mati pelajar - Utusan Malaysia

AGC rayu keputusan tempoh penjara pegawai kanan polis langgar mati pelajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jabatan Peguam Negara (AGC) memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun enam bulan ke atas pegawai kanan polis bagi pertuduhan pindaan menyebabkan kematian pelajar Tingkatan Lima, Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie.

Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar, berkata rayuan berkenaan dibuat di Mahkamah Rayuan minggu lalu.

“Melalui rayuan ini, pihak pendakwaan berhasrat meneliti keseluruhan aspek kes, sama ada untuk membawa hujah bagi mengembalikan pertuduhan asal (membunuh),” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata demikian selepas Majlis Peluncuran Kampung Angkat MADANI Jabatan Peguam Negara di Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Hor, di sini, hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini