Rumah penembak askar Israel diroboh - Utusan Malaysia

Rumah penembak askar Israel diroboh

TENTERA Israel merobohkan rumah dua rakyat Palestin di Hebron. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAMALLAH: Tentera Israel me­robohkan rumah milik dua rakyat Palestin yang dituduh melancarkan serangan tembakan sehingga mengorbankan dua askar rejim Zionis di bandar Hebron, Tebing Barat yang diduduki, lapor Ana­dolu.

Pasukan Israel menggunakan bahan letupan untuk memusnahkan kedua-dua rumah di kawasan Ain Deir Baha pada Jumaat, menurut sumber tempatan.

Tentera Israel sebelum ini menuduh kedua-dua rakyat Pa­lestin itu melancarkan serangan di sebuah pusat pemeriksaan tentera berhampiran kawasan Farsh al Hawa, barat Hebron, pada 23 Oktober.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dua anggota tentera Israel terbunuh manakala tiga lagi cedera dalam serangan tembakan itu, manakala pasukan Israel membunuh kedua-dua suspek penye­rang, menurut pihak berkuasa Israel.

Kerja-kerja perobohan itu dilakukan ketika operasi ketenteraan besar-besaran Israel di Hebron memasuki hari kelapan berturut-turut.

Sejak serangan pada 23 Oktober lalu, tentera Israel mengenakan sekatan, melancarkan serbuan, melakukan penahanan dan merobohkan bangunan di beberapa kawasan bandar itu.

Perbandaran Hebron pada 27 Oktober memaklumkan seramai 4,969 rakyat Palestin daripada 780 keluarga kehilangan tempat tinggal akibat operasi berkenaan di kawasan Deir Baha dan Al Jilda.

Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz berkata, penduduk yang dipindahkan dari beberapa kawasan di Hebron tidak dibenarkan pulang. Mereka tidak dibenarkan pulang sehingga tentera selesai menjalankan operasi terhadap apa yang disifatkan Israel sebagai infrastruktur Hamas di kawasan berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini