Empat calon DUN Klebang selesai serah borang - Utusan Malaysia

Empat calon DUN Klebang selesai serah borang

DARI kiri Farzana Hayani Mohd. Nasir, Young Jie Yu, Lim Ban Hong dan Mohamad Ali Mohamad.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Empat calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang selesai menyerahkan borang pencalonan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 di Pusat Penamaan Calon (PPC) Kompleks Japerun Klebang di sini, sebentar tadi.

Proses penamaan bermula dari pukul 9 hingga 10 pagi.

Calon-calon terlibat ialah Datuk Lim Ban Hong (Barisan Nasional), Young Jie Yu (Bersama), Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad (Bersatu) dan Farzana Hayani Mohd. Nasir (Pakatan Harapan).

Memuatkan artikel berkaitan…

Ban Hong menjadi calon pertama tiba di PPC kira-kira pukul 8.30 pagi tadi.

Jie Yu tiba lima minit kemudian dengan diikuti Mohamad Ali kira-kira pukul 8.45 pagi.

Farzana pula memasuki pekarangan PPC pada pukul 9.15 pagi.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini