MELAKA: Calon Barisan Nasional (BN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang, Datuk Lim Ban Hong menjadi calon pertama tiba di Pusat Penamaan Calon (PPC) di Kompleks Japerun Klebang di sini kira-kira pukul 8.30 pagi tadi.
Kerusi itu dijangka melibatkan pertembungan empat penjuru antara Ban Hong dengan calon Pakatan Harapan (PH), Farzana Hayani Mohd. Nasir, calon Bersatu, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad dan calon Bersama, Young Jie Yu.

Jie Yu tiba lima minit kemudian dengan diikuti Mohamad Ali kira-kira pukul 8.45 pagi.
Memuatkan artikel berkaitan…

Proses penamaan akan bermula dari pukul 9 hingga 10 pagi. -UTUSAN











