Sekolah Sukan Malaysia Perlis siap tahun ini, mula operasi tahun depan - Utusan Malaysia

Sekolah Sukan Malaysia Perlis siap tahun ini, mula operasi tahun depan

ANWAR Ibrahim menjawab soalan ketika sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat semalam.-JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sekolah Sukan Malaysia Perlis yang terbengkalai selama 12 tahun dijangka siap tahun ini dan mula digunakan pada tahun depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penyelesaian projek berkenaan diarahkan segera selepas perkara itu dibangkitkan Menteri Besar Perlis ketika lawatan beliau ke negeri itu pada April tahun lalu.

Beliau berkata, Kerajaan Madani berjaya menyelesaikan projek berkenaan dalam tempoh kurang dua tahun.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Insya-Allah, tahun ini Sekolah Sukan Malaysia Perlis siap dan boleh mula digunakan tahun depan.

“Terbengkalai selama 12 tahun, alhamdulillah Kerajaan Madani selesaikan dalam kurang dua tahun. Tahniah Datuk Seri Fadhlina Sidek dan Kementerian Pendidikan,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini