Mafia korporat: Victor Chin perlu segera tampil 'selamatkan' Rafizi Ramli - NGO

Mafia korporat: Victor Chin perlu segera tampil ‘selamatkan’ Rafizi Ramli – NGO

VICTOR CHIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Satu-satunya individu yang boleh menyelamatkan pemimpin parti Bersama, Datuk Seri Rafizi Ramli sekarang ialah Victor Chin sendiri, yang disifatkan banyak pihak sebagai individu utama dalam isu mafia korporat.

Pengerusi Sekretariat Suara Wanita Nasional (SWN), Mazween Mokhtar berkata, Victor Chin perlu memberikan bukti dakwaan beliau pernah memberikan dana berjumlah lebih RM9 juta kepada pemimpin politik kepada Rafizi Ramli yang kian tersepit untuk membuktikan kebenaran dakwaan beliau sebelum ini.

“Sudah enam bulan Rafizi menghasut rakyat tetapi beliau masih gagal menyerahkan bukti kerana bukti tersebut ada pada Victor Chin yang tidak diketahui di mana keberadaan beliau walaupun disebut-sebut sebagai mafia korporat,” katanya hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…
MAZWEEN MOKHTAR

Sebelum ini, Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berkata, Victor Chin Boon Long perlu tampil segera bagi membantu pihak berkuasa untuk menyelesaikan isu mafia korporat agar keadilan dapat ditegakkan untuk semua pihak.

Jais berkata, pihaknya mengambil serius kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Dewan Rakyat berhubung komitmen kerajaan untuk mendedahkan laporan siasatan berkaitan dakwaan kewujudan kumpulan yang digelar sebagai mafia korporat dalam tempoh tiga bulan.

Mengulas lanjut, Mazween berkata, Victor Chin tidak lagi boleh bersembunyi kerana dalam masa tiga bulan sahaja lagi, nama beliau akan terdedah dengan pelbagai hubung kaitnya dalam isu mafia korporat tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini