Senarai calon Bersatu PRN Melaka

Senarai calon Bersatu PRN Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Antara calon diketengahkan ialah bekas Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelebang dan pakar perubatan Datin Seri Dr Asmah Samat, yang merupakan muka baharu, di Pantai Kundor.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu Datuk Norhizam Hassan Baktee pula kembali bertanding di kerusi berkenaan.

Senarai calon itu diumumkan Naib Presiden Bersatu merangkap Pengerusi Badan Pimpinan Bersatu Negeri Melaka Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin pada majlis pengumuman calon di Bilik Gerakan Utama PRN Melaka Bersatu di Baitul Tariq, Klebang di sini malam ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Turut hadir Setiausaha Agung Bersatu merangkap Pengarah Pilihan Raya parti Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Senarai calon Bersatu bagi PRN Melaka:

N.04 Lendu – Nazri Ramli

N.07 Gadek – Mohd Zamri Abu Bakar

N.11 Sungai Udang – Mejar (B) Abdullah Mahadi

N.12 Pantai Kundor – Datin Seri Dr Asmah Samat

N.14 Kelebang – Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad

N.15 Pengkalan Batu – Datuk Norhizam Hassan Baktee

N.16 Ayer Keroh – Mohd Hamnaim Mohamad

N.24 Bemban – Muhammad Rabaie Ab Hamid

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 31 Okt sebagai hari penamaan calon, manakala pengundian awal pada 10 Nov dan hari pengundian pada 14 Nov. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini