3,578 graduan bakal dirai dalam konvokesyen UTeM ke-22

3,578 graduan bakal dirai dalam konvokesyen UTeM ke-22

Naib Canselor UTeM, Profesor Datuk Dr Massila Kamalrudin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seramai 3,578 graduan bakal diraikan pada Majlis Konvokesyen Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) ke-22 yang berlangsung selama tiga hari bermula 31 Oktober hingga 2 November ini, sekali gus mencatatkan jumlah graduan tertinggi sejak penubuhan universiti itu.

Naib Canselor UTeM, Profesor Datuk Dr Massila Kamalrudin, berkata majlis konvokesyen kali ini akan berlangsung dalam enam sesi sepanjang tiga hari bagi meraikan graduan daripada pelbagai peringkat pengajian.

“Daripada jumlah itu, seramai 96 graduan menerima ijazah doktor falsafah (PhD), 206 graduan ijazah sarjana, 2,816 graduan ijazah sarjana muda dan 460 graduan diploma.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Konvokesyen kali ini turut melakar sejarah tersendiri apabila UTeM buat julung kalinya menganugerahkan Doktor Pengurusan Teknologi kepada empat graduan sulung dalam bidang berkenaan,” ujarnya.

Menurutnya, selain meraikan kejayaan graduan, UTeM turut menyampaikan gelaran Profesor Emeritus kepada mantan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Ir Ts Dr Ghazali Omar, sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan besar beliau kepada universiti.

“Dalam perkembangan sama, seramai 76 graduan bakal menerima hadiah akademik sebagai penghargaan terhadap kecemerlangan masing-masing.

“Antara anugerah utama yang bakal disampaikan ialah Anugerah Pelajaran Diraja, Hadiah Canselor, Hadiah Naib Canselor dan Hadiah Industri,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, bagi memeriahkan sambutan konvokesyen, Pesta Konvokesyen UTeM turut diadakan bermula 30 Oktober hingga 2 November ini di Tapak Pesta Konvo, berhampiran Dewan Canselor.

Penganjuran pesta berkenaan dijangka menambah kemeriahan suasana konvokesyen yang menghimpunkan graduan, keluarga dan warga universiti bagi meraikan pencapaian akademik serta kejayaan para graduan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini