Objek angkasa di Minnesota mungkin serpihan roket China

Objek angkasa di Minnesota mungkin serpihan roket China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MINNESOTA: Pakar angkasa lepas memaklumkan objek angkasa yang ditemukan di sebuah ladang jagung di kawasan luar bandar Minnesota awal bulan ini mungkin serpihan roket China yang dilancarkan pada September lalu.

Pejabat Syerif Daerah Stevens berkongsi gambar objek itu, yang ditemukan pada 14 Oktober lalu di sebuah ladang jagung di Scott Township.

“Ketika tiba di lokasi, anggota polis mengesahkan terdapat objek logam besar berdiameter kira-kira 3.35 meter yang dipercayai objek angkasa di ladang jagung berkenaan,” menurut kenyataan itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Portal berita sains dalam talian, Ars Technica mendapati objek itu berkemungkinan serpihan roket Zhuque-2E milik LandSpace yang dilancarkan dari China pada 14 September lalu sebelum kembali memasuki atmosfera bumi tanpa melengkapkan satu pusingan mengelilingi planet itu.

Portal berkenaan meneliti hantaran di media sosial yang dimuat naik ketika kejadian, yang menunjukkan serpihan roket itu menuju ke Minnesota.

Peringkat atas roket Zhuque-2E mempunyai diameter 3.35 meter, sepadan dengan saiz objek yang ditemukan di ladang jagung di Minnesota itu.

Objek berkenaan kini sedang diperiksa oleh agensi persekutuan bagi menentukan asal usulnya. LandSpace setakat ini belum mengulas sama ada objek itu mungkin serpihan roket miliknya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini