Inovasi sistem pertanian Mardi, swasta perkukuh keterjaminan makanan

Inovasi sistem pertanian Mardi, swasta perkukuh keterjaminan makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) menghasilkan sistem penanaman kompak UrbanKit, bagi menggalakkan masyarakat bandar menghasilkan cucuk tanam sendiri, sekaligus memperkukuh keterjaminan negara.

Penyelidik Mardi merangkap pereka UrbanKit, Mohd Johaary Abdul Hamid berkata, usaha tersebut dilaksanakan dengan kerjasama syarikat swasta TMEH Marketing Sdn. Bhd.

Katanya, sistem kompak berkenaan dilengkapi takungan air dan nutrien bagi membantu membekalkan keperluan tanaman dengan cekap tanpa bergantung kepada penyiraman manual harian.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Inovasi yang dibangunkan sejak 2014 dan dikomersialkan pada 2016 itu diperkenalkan bagi memudahkan penduduk bandar mengusahakan tanaman sendiri seperti di balkoni, koridor dan halaman kecil sekitar rumah.

“Ia mudah dipasang dan diselenggara, ia tidak memerlukan peralatan elektrik yang kompleks seperti sesetengah sistem hidroponik aktif,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Johaary lagi, kaedah tersebut berpotensi menjimatkan penggunaan air sehingga 90 peratus berbanding kaedah penanaman biasa, sekali gus memudahkan penduduk bandar yang sibuk serta membantu mengurangkan kos perbelanjaan dapur.

Melalui kerjasama itu, Mardi menyumbangkan kepakaran penyelidikan dan pengesahan saintifik, manakala TMEH memberi tumpuan kepada pengeluaran, pengurusan logistik dan pengkomersialan produk.

“UrbanKit bukan sahaja disasarkan kepada isi rumah bandar, malah sesuai dipraktikkan di institusi pendidikan, projek kebun komuniti serta kawasan Perumahan Rakyat (PPR) bagi menyokong agenda keterjaminan makanan negara.

“Bagi perancangan masa hadapan, Mardi dan TMEH merancang memperluaskan pasaran UrbanKit ke peringkat antarabangsa serta mengintegrasikan teknologi pintar seperti sensor kelembapan dan sistem kawalan aplikasi bagi memenuhi keperluan pengguna moden,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini