Aset kewangan Islam diunjur lepasi RM3.27 trilion akhir suku ketiga - Utusan Malaysia

Aset kewangan Islam diunjur lepasi RM3.27 trilion akhir suku ketiga

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pencapaian aset industri kewangan Islam di Malaysia dianggarkan melepasi nilai AS$800 bilion (RM3.27 trilion) menjelang akhir suku ketiga 2026, menurut Fitch Ratings.

Kadar tersebut adalah lebih 150 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) disokong sepenuhnya oleh ekosistem domestik yang matang serta pelbagai langkah dasar strategik kerajaan.

Berdasarkan laporan agensi penarafan antarabangsa tersebut, instrumen sukuk merangkumi kira-kira 47 peratus daripada keseluruhan aset kewangan Islam negara sepanjang tempoh suku ketiga berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Di samping itu, segmen perbankan Islam pula didapati menguasai sejumlah 42 peratus aset, diikuti dana Islam iaitu sebanyak lapan peratus dan takaful mencecah sebanyak tiga peratus.

“Kekuatan industri ini berakar umbi daripada faktor kedalaman pasaran domestik yang disokong oleh sistem kewangan Islam tempatan paling maju di peringkat antarabangsa.

“la turut mengesahkan Malaysia masih lagi mengekalkan kedudukannya sebagai pasaran sukuk terbesar di dunia pada akhir suku ketiga, dengan penguasaan 33 peratus daripada jumlah sukuk terkumpul global,” katanya dalam kenyataan.

Menurut firma tersebut, penerbitan sukuk turut didapati berjaya menyumbang kira-kira 64 peratus daripada nilai keseluruhan pasaran modal hutang domestik negara ini sendiri.

“Kerajaan juga kembali memasuki pasaran sukuk denominasi dolar Amerika Syarikat (AS) menerusi terbitan AS$1.5 bilion (RM6.12 billion), yang pertama dalam tempoh lima tahun,” katanya.

Firma itu menjangkakan hutang kerajaan, termasuk sukuk, akan merosot secara beransur-ansur kepada sekitar 74 peratus daripada KDNK menjelang 2027 disokong pertumbuhan nominal KDNK dan konsolidasi fiskal.

Tambahnya, pertumbuhan sektor kewangan Islam ini diunjur terus mampan, dipacu sokongan dasar di bawah Belanjawan 2027 serta kedudukan Malaysia sendiri sebagai peneraju pasaran global.

“Bagaimanapun, pertumbuhan sektor ini tetap terdedah kepada risiko ketidaktentuan pasaran luar, turun naik kadar faedah, tukaran mata wang dan harga komoditi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini