Cadangan gubal undang-undang penjara bawah tahanan rumah belum dimuktamad

Cadangan gubal undang-undang penjara bawah tahanan rumah belum dimuktamad

SAIFUDDIN Nasution Ismail
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia masih belum mempunyai undang-undang khusus yang membenarkan hukuman penjara dijalani di bawah tahanan rumah.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, cadangan penggubalan undang-undang berkaitan juga masih belum dimuktamadkan setakat ini.

“Pada masa ini, tiada peruntukan undang-undang khusus di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) atau Jabatan Penjara yang membenarkan seseorang banduan menjalani hukuman pemenjaraan di kediaman sendiri menerusi mekanisme tahanan rumah,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau menjawab pertanyaan Datuk Ngeh Koo Ham (PH-Beruas) yang ingin mengetahui peruntukan undang-undang yang membenarkan banduan menjalani hukuman penjara di bawah tahanan rumah.

Saifuddin berkata, banduan masih boleh dipertimbangkan untuk pengampunan, pengurangan, peringanan atau penangguhan hukuman di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.

“Pertimbangan sedemikian tertakluk kepada bidang kuasa Lembaga Pengampunan serta perkenan Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu atau Yang di-Pertua Negeri bagi negeri berkenaan,” tambahnya.

Beliau menjelaskan bahawa pengampunan bersyarat yang diberikan melalui prerogatif belas kasihan di bawah Perlembagaan atas nasihat Lembaga Pengampunan, perlu dibezakan daripada perintah tahanan rumah yang dikeluarkan di bawah perundangan khusus.

Perbezaan itu katanya, adalah penting kerana pengampunan bersyarat dan perintah tahanan rumah beroperasi di bawah kerangka undang-undang yang berasingan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini