Usia, kesihatan Najib wajar diambil kira dalam prosedur tahanan rumah

Usia, kesihatan Najib wajar diambil kira dalam prosedur tahanan rumah

NAJIB RAZAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Faktor usia dan keadaan kesihatan Datuk Seri Najib Tun Razak wajar diambil kira dalam menetapkan prosedur tahanan rumah membabitkan bekas Perdana Menteri itu.

Peguam Datuk Hasnal Rezua Merican berkata, aspek kemanusiaan termasuk rekod disiplin yang baik serta sumbangan Najib sebagai bekas Perdana Menteri juga perlu dipertimbangkan dalam menetapkan garis panduan berkenaan.

Katanya, penetapan syarat berkenaan sewajarnya mengambil kira faktor-faktor kemanusiaan, termasuk usia dan keadaan kesihatan Najib selain rekod disiplin yang baik.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya dan ramai rakyat yang prihatin mendoakan agar garis panduan atau syarat yang diperkenalkan nanti tidaklah terlalu ketat.

“Ia harus mengambil kira faktor-faktor kemanusiaan seperti usia, keadaan kesihatan, disiplin yang baik serta jasa Datuk Seri Najib sebagai mantan Perdana Menteri Malaysia,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Bagaimanapun, katanya, sebarang pandangan mengenai tatacara pemenjaraan di rumah yang bakal dilalui Najib ketika ini masih bersifat andaian, jangkaan atau spekulatif.

“Buat masa ini, apa jua pandangan mengenai tatacara pemenjaraan rumah yang bakal dilalui oleh Datuk Seri adalah hanya bersifat andaian, jangkaan atau spekulatif.

“Sehingga setakat ini belum ada sebarang garis panduan atau syarat-syarat yang telah dikenakan secara rasmi oleh Jabatan Penjara Malaysia,” katanya.

Terdahulu, peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mendakwa, pihaknya masih belum menerima surat rasmi berkaitan pengampunan bersyarat yang membolehkan beliau menjalani baki hukuman penjara menerusi perintah tahanan rumah.

Beliau dilaporkan berkata, pasukan guaman beliau juga belum menerima surat yang menetapkan syarat-syarat pengampunan berkenaan.

Beliau turut mendakwa Jabatan Penjara Malaysia juga belum menerima dokumen tersebut sehingga banyak persoalan belum terjawab sehingga sekarang.

“Sehingga hari ini, sudah masuk hari kelapan. Ia sesuatu yang pelik. Apabila Yang di-Pertuan Agong membuat keputusan menerusi kuasa prerogatif baginda, individu paling penting ialah Najib kerana beliau merupakan orang yang sedang menjalani hukuman penjara dan akan ditempatkan menerusi tahanan rumah.

“Sehingga hari ini, beliau belum menerima surat tersebut. Kami tidak tahu mengapa surat itu mengambil masa begitu lama. Pihak penjara juga belum menerimanya,” katanya.

Pada 18 September lalu, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim memperkenankan Najib menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta serta syarat ditetapkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×