Kementerian Kerja Raya hanya terima RM3b selenggara jalan

Kementerian Kerja Raya hanya terima RM3b selenggara jalan

AHMAD MASLAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Peruntukan sebanyak RM5 bilion sehingga RM6 bilion diperlukan bagi menyelenggara rangkaian jalan Persekutuan di seluruh negara.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan berkata, bagaimanapun Kementerian Kerja Raya setakat ini hanya menerima sekitar RM3 bilion untuk melaksanakan kerja-kerja berkenaan.

Katanya, jumlah peruntukan semasa itu belum mencukupi untuk menyelesaikan keseluruhan masalah kerosakan jalan raya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebab itu kita tidak boleh menurap semula keseluruhan jalan. Kita hanya boleh menurap bahagian yang rosak, daripada lubang kecil hinggalah yang lebih besar, yang kita baiki dalam tempoh 24 jam,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Abdul Latiff Abdul Rahman (PN-Kuala Krai) mengenai komitmen kerajaan dalam menangani isu kualiti permukaan jalan secara komprehensif menerusi peruntukan khas.

Mengulas lanjut, Ahmad berharap kerajaan dapat mempertimbangkan penyaluran peruntukan tambahan bagi mempertingkatkan lagi kerja-kerja penyelenggaraan jalan raya demi keselamatan pengguna.

Menurutnya, Kementerian Kerja Raya bagaimanapun tetap komited membuat penilaian kerosakan jalan secara objektif di setiap lokasi terjejas di samping memastikan penggunaan bahan turapan yang paling sesuai dan berkualiti. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini