Niaga hadapan minyak sawit mentah kekal positif, uji rintangan RM4,850

Niaga hadapan minyak sawit mentah kekal positif, uji rintangan RM4,850

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Niaga hadapan minyak sawit mentah (FCPO) meneruskan kenaikan pada Jumaat apabila meningkat RM26 untuk ditutup pada RM4,818 setan, sekali gus mengekalkan momentum pemulihan pasaran, menurut RHB Research.

Firma penyelidikan itu berkata, dagangan dibuka pada RM4,788 setan sebelum susut ke paras terendah intrahari RM4,777, kemudian meningkat ke paras tertinggi sesi RM4,834 dan ditutup berhampiran paras berkenaan.

“Pola lilin menaik serta kedudukan harga yang kekal di atas purata pergerakan mudah (SMA) 50 hari menunjukkan pembeli masih menguasai pasaran ketika FCPO menguji paras rintangan RM4,850 setan,” katanya dalam nota penyelidikan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pada masa sama, harga komoditi itu kekal jauh di atas SMA 200 hari yang terus meningkat, sekali gus mengukuhkan prospek pemulihan harga dalam jangka lebih panjang.

“Sekiranya momentum kenaikan berterusan, FCPO berpotensi menguji paras RM4,850 setan, dengan penembusan melepasi paras itu membuka ruang kepada harga untuk menuju RM5,000 setan.

“Bagaimanapun, kegagalan melepasi paras rintangan berkenaan boleh mendorong aktiviti pengambilan untung dalam kalangan pelabur.

“Sehubungan itu, pedagang disaran mengekalkan pegangan belian yang dimulakan pada penutupan dagangan 16 Oktober lalu pada RM4,769 setan, selagi harga kekal di atas paras sokongan RM4,650 setan,” katanya.

Dalam pada itu, paras RM4,650 setan ditetapkan sebagai paras henti rugi bagi mengurus risiko dagangan, manakala sokongan seterusnya berada pada RM4,500 setan.

“Bagi pergerakan menaik, rintangan pertama FCPO kekal pada RM4,850 setan, diikuti paras psikologi RM5,000 setan.

“Secara keseluruhan, prospek dagangan FCPO kekal positif selagi harga bertahan di atas paras sokongan utama RM4,650 setan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini