Anwar puji komitmen Lula bela negara membangun - Utusan Malaysia

Anwar puji komitmen Lula bela negara membangun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Presiden Brazil, Luiz Inácio Lula Da Silva atas kemenangan dalam pilihan raya presiden negara itu.

Perdana Menteri berkata, kemenangan itu memberikan mandat baharu kepada Lula untuk terus memimpin Brazil selepas melalui persaingan pilihan raya yang sengit.

Beliau berkata, komitmen berterusan Lula terhadap keadilan sosial, usaha membasmi kemiskinan serta memastikan suara negara membangun didengari di peringkat antarabangsa wajar diberikan perhatian.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya sentiasa menghargai persahabatan kami dan berkongsi keyakinan bahawa negara-negara Selatan Global perlu mempunyai suara lebih lantang dalam membentuk tatanan antarabangsa yang lebih adil,” katanya menerusi hantaran di media sosial, hari ini.

Anwar turut menyatakan harapan agar hubungan Malaysia dan Brazil terus diperkukuh di bawah kepemimpinan Lula, khususnya dalam bidang perdagangan dan pelaburan.

Katanya, kedua-dua negara mempunyai ruang untuk memperluas kerjasama, termasuk melalui hubungan antara ASEAN dengan Amerika Latin.

“Banyak yang boleh kita lakukan bersama, termasuk memperkukuh perdagangan dan pelaburan, memajukan kerjasama antara ASEAN dan Amerika Latin serta memberikan makna lebih besar kepada perkongsian antara kedua-dua negara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini