Dua Menteri Besar ketuai jentera Pas hadapi PRN Melaka

Dua Menteri Besar ketuai jentera Pas hadapi PRN Melaka

ANNUAR MUSA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pas mengamanahkan dua Menteri Besar untuk mengetuai jentera parti itu bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Tan Sri Annuar Musa berkata, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar mengetuai Jawatankuasa Induk (JKI) manakala Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor mengetuai Jawatankuasa Operasi (JKO).

“Jentera utama Pas bersama negeri-negeri yang membantu sudah berada di Melaka sejak beberapa bulan lalu, sebaik sahaja PRN Negeri Sembilan selesai.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pimpinan Pas turut diberi mandat untuk memutuskan kawasan dan calon yang akan ditandingi selepas berunding dengan Pas Melaka,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 14 November ini sebagai hari pengundian bagi PRN Melaka Ke-16, manakala penamaan calon ditetapkan pada 31 Oktober dan pengundian awal pada 10 November.

Tempoh berkempen ditetapkan selama 14 hari.

DUN Melaka mempunyai 28 kerusi dengan Barisan Nasional (BN) memenangi 21 kerusi pada PRN lalu manakala Pakatan Harapan (PH) memperoleh lima kerusi dan Perikatan Nasional (PN) dua kerusi.

Jumlah pemilih berdaftar di Melaka setakat 20 April lalu seramai 683,543 orang meningkat 188,348 pemilih atau kira-kira 38 peratus berbanding 495,195 pemilih pada PRN 2021.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini