Yakult Malaysia sokong gaya hidup aktif, usus sihat bersama komuniti - Utusan Malaysia

Yakult Malaysia sokong gaya hidup aktif, usus sihat bersama komuniti

ANAK-anak pegawai dan kakitangan PGA ceria dan gembira dengan hadiah serta bergambar bersama ‘maskot Yakult’ di akhir acara. – utusan/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Lebih 400 anggota Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuantan bersama ahli keluarga mereka memeriahkan program kesedaran komuniti “Wira Aktif Usus Sihat” anjuran Yakult (Malaysia) Sdn. Bhd.

Berlangsung pada 10 Oktober lalu, program itu bertujuan menggalakkan gaya hidup aktif dalam kalangan komuniti selain meningkatkan kesedaran tentang kepentingan amalan pemakanan sihat termasuk pengambilan probiotik untuk penjagaan kesihatan.

Antara aktiviti menarik yang dijalankan sepanjang program itu berlangsung termasuk senamrobik dan “Fun Walk”, pemeriksaan kesihatan oleh Klinik Perubatan Hijraa Kuantan dan pameran oleh Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) serta Jabatan Sains Pemakanan, Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Kuantan.

Memuatkan artikel berkaitan…
KANAK-kanak menyediakan hidangan yogurt sendiri menerusi bengkel makanan “You-Gut It”.

Turut memeriahkan program ini adalah Physio Hero Sdn. Bhd., Alpro Pharmacy Sdn. Bhd., The Pastels Shop di samping Fresh Life Water Resources Sdn. Bhd. yang menyumbang air mineral bagi kegunaan peserta program.

Selain itu, kanak-kanak pula berpeluang menyediakan hidangan yogurt sendiri menerusi bengkel makanan “You-Gut It”.

Sesi ceramah kesihatan oleh pensyarah Fakulti Sains Kesihatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Kuantan, Profesor Madya Dr. Wan Mohd. Azdie Wan Abu Bakar memberikan pelbagai maklumat menarik tentang pemakanan sihat bagi menjaga kesihatan usus kepada hadirin.

PARA pengunjung reruai dikemukakan beberapa soalan kuiz bagi mendapatkan hadiah.

Pengarah Bersekutu Bahagian Perhubungan Awam dan Sains, Yakult (Malaysia) Sdn. Bhd., Mazlyn Mena Mustapha berkata, penganjuran program tanggungjawab sosial korporat (CSR) seperti itu adalah bertepatan dengan falsafah korporat Yakult untuk membawa kesihatan dan kebahagiaan kepada seramai yang mungkin.

“Ini adalah kali pertama kami menganjurkan program dengan penglibatan agensi keselamatan atau badan beruniform seperti Briged Tenggara PGA Kuantan. Justeru, kami ingin mengambil peluang ini untuk menyantuni dan menyebarkan mesej gaya hidup sihat dalam kalangan anggota pasukan dan ahli keluarga mereka,” katanya.

Beliau turut menambah bahawa peranan bakteria probiotik Shirota strain adalah untuk mempertahankan badan daripada pelbagai ancaman umpama peranan PGA dalam mempertahankan keselamatan negara.

Menurutnya, baru-baru ini Yakult Malaysia menerima kelulusan akuan fungsi baharu yang mengiktiraf peranan strain probiotik Lacticaseibacillus paracasei Shirota strain (LcS) dalam membantu menyokong tindak balas imuniti.

“Menerusi akuan ini, kami dapat memberi penerangan lebih lanjut tentang peranan Shirota strain dalam Yakult dan kaitannya dengan tindak balas imuniti badan kepada orang ramai.

“Akuan tersebut juga diharapkan dapat membantu orang ramai bagi membuat pilihan lebih tepat dalam amalan penjagaan kesihatan secara harian,” katanya.

MAZLYN Mena Mustapha (kanan) menyampaikan penghargaan kepada pihak PGA di atas kerjasama yang diberikan.

Pengambilan minuman probiotik secara harian seperti LcS boleh dijadikan sebagai amalan gaya hidup sihat kerana ia sudah dibuktikan secara saintifik dapat meningkatkan fungsi usus dengan menyokong penghadaman dan keseimbangan bakteria baik dalam usus.

Peserta yang hadir dalam program tersebut turut membawa pulang pelbagai hadiah yang disediakan selain peluang memenangi hadiah cabutan bertuah dalam peraduan beli dan menang khas untuk komuniti pasukan beruniform. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai aktiviti Yakult, layari laman sesawang Yakult di www.yakult.com.my. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini