Populasi Beijing semakin menua menjelang 2035

Populasi Beijing semakin menua menjelang 2035

BEIJING mempunyai 5.288 juta penduduk tetap berusia 60 tahun ke atas pada akhir 2025.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Beijing dijangka menjadi masyarakat yang sangat tua menjelang 2035 apabila satu pertiga daripada penduduknya berusia 60 tahun ke atas.

Penggubal dasar China menjadikan perancangan populasi sebagai komponen utama strategi ekonomi negara itu, dengan Reuters menganggarkan kerajaan bakal menanggung kos keseluruhan kira-kira 180 bilion yuan (RM109.8 bilion) pada tahun ini bagi menggalakkan peningkatan kadar kelahiran.

Menurut laporan Beijing Daily, Beijing juga mempergiat usaha memperkukuh perlindungan undang-undang bagi penjagaan warga emas, menambah baik keselamatan sosial serta memperluas kerjasama dalam bidang perubatan dan penjagaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Usaha itu turut merangkumi integrasi perkhidmatan penjagaan warga emas dengan industri berkaitan serta pengukuhan sistem pencen berperingkat.

Data yang dibentangkan pada forum industri baru-baru ini menunjukkan Beijing mempunyai 5.288 juta penduduk tetap berusia 60 tahun ke atas pada akhir 2025, bersamaan 24.3 peratus daripada jumlah penduduknya.

Laporan itu berkata, kadar itu dijangka meningkat melebihi 33 peratus menjelang 2035.

Sebagai sebuah bandar metropolis, Beijing mempergiat usaha menangani peningkatan pesat warga emas.

Januari lalu, bandar itu memperkenalkan peraturan tempatan menyeluruh pertama berkaitan perkhidmatan penjagaan warga emas, sekali gus menjadi bandar pertama di China yang mewujudkan rangkaian penjagaan tiga peringkat meliputi daerah, pekan dan komuniti menerusi perundangan tempatan.

Beijing turut menaikkan pencen asas bagi penduduk bandar dan luar bandar setiap tahun, selain menyediakan elaun serta subsidi bagi perkhidmatan penjagaan warga emas.

Pada 2025, kira-kira 3.51 bilion yuan (RM8.73 bilion) disalurkan menerusi elaun dan subsidi berkenaan bagi membantu warga emas yang berdepan kesukaran kewangan, tidak mampu mengurus diri sendiri serta golongan lanjut usia. 

Secara keseluruhan, bantuan itu merekodkan 11.958 juta penerima manfaat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini