Kementerian pantau 262 projek perumahan terbengkalai

Kementerian pantau 262 projek perumahan terbengkalai

AIMAN Athirah Sabu (tiga dari kiri) meninjau perkembangan projek Residensi Hektar Gombak (Residensi Wilayah), semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak 262 projek perumahan terbengkalai termasuk 163 projek tanpa lesen masih berada dalam pemantauan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 99 projek terbengkalai berlesen dikenal pasti melibatkan 28,289 unit rumah dengan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) berjumlah RM15.40 bilion.

Beliau berkata, baki 163 projek lagi merupakan projek terbengkalai tanpa lesen yang turut dipantau kerajaan meskipun projek sedemikian tidak sepatutnya wujud.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sepatutnya tidak ada projek tanpa lesen, tetapi apabila sudah ada perkara sebegitu, ia merupakan legasi daripada masa lalu.

“Kita sebagai kerajaan tidak boleh lepas tangan. Kita juga perlu memantau dan melihat keadaan projek-projek tersebut,” katanya ketika ditemui pemberita pada Sidang Media Pasukan Petugas Projek Perumahan Swasta Sakit dan Terbengkalai (TFST) Bilangan 5 Tahun 2026 di tapak projek Re­sidensi Hektar Gombak (Residensi Wilayah), di sini semalam.

Dalam pada itu, beliau ber­kata, sebanyak 128 projek pe­rumahan masih berstatus lewat, melibatkan 29,048 unit rumah dengan GDV berjumlah RM24.39 bilion.

Katanya, sebanyak 278 projek pula dikategorikan sebagai projek sakit, melibatkan 40,818 unit rumah dengan GDV bernilai RM38.02 bilion.

Bagaimanapun, beliau berkata, KPKT berjaya memulihkan sebanyak 1,726 projek perumahan bermasalah sejak 2023 hingga Ogos lalu, melibatkan 199,643 unit rumah dengan GDV keseluruhan RM158.16 bilion.

“Daripada jumlah itu, seba­nyak 1,542 projek berjaya memperoleh Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC), manakala 147 projek sakit kembali berstatus lancar.

“Sebanyak 37 projek terbengkalai pula berjaya dipulihkan melalui penyiapan fizikal atau penyelesaian lain yang memberi manfaat kepada pembeli rumah,” katanya.

Aiman Athirah berkata, TFST akan terus menjadi platform pemantauan dan intervensi awal bagi menangani projek perumahan bermasalah, termasuk me­lalui kerjasama pihak berkuasa tempatan, syarikat utiliti, pemaju dan kontraktor.

Katanya, kerajaan turut meneliti penambahbaikan mekanisme sedia ada bagi mengurangkan risiko masalah projek perumahan lewat, sakit dan terbengkalai daripada terus ber­ulang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini