‘Kami tidak mahu jumpa keluarga suami arwah adik’

‘Kami tidak mahu jumpa keluarga suami arwah adik’

JENAZAH Allahyarham Norhazwani Ibrahim tiba di rumahnya di Kampung Banjir Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan sebelum dikebumikan malam tadi. - UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Keluarga pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Norhazwani Ibrahim, 35, yang dipercayai dibunuh suaminya di Nilai, Negeri Sembilan pada Khamis lalu, tidak mahu berjumpa dengan ibu dan bapa kepada suami Allahyarham.

Kakak Allahyarham, Marlina, 46, berkata, keluarganya turut melarang ibu bapa dan keluarga suami Norhazwani hadir menziarahi jenazah dan upacara pengkebumian pagi ini.

Katanya, semua ahli keluarganya tidak boleh menerima perbuatan yang dilakukan oleh suspek yang merupakan adik iparnya sehingga menyebabkan kematian Allahyarham Norhazwani.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sehingga malam tadi, tiada seorang pun keluarga suami arwah datang bertanya khabar Nordianisa Sofia Mohd. Khairuddin, 6, dan adiknya, Noralisa Amara, 5, yang merupakan anak kepada adik saya selepas dia meninggal dunia.

“Memang kami tidak boleh terima jika ibu bapa atau keluarga mentua arwah datang. Saya sendiri tidak benarkan mereka hadir untuk menziarahi jenazah dan upacara pengkebumian,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Banjir Pengkalan Kubor di sini malam tadi.

Marlina berkata, dia masih terkejut dengan kehilangan Allahyarham Norhazwani yang merupakan anak bongsu daripada sembilan beradik angkara perbuatan suaminya.

Katanya, kali terakhir dia bercakap dengan adiknya pada Selasa lalu menerusi panggilan telefon iaitu dua hari sebelum Allahyarham Norhazwani mati dibunuh.

“Tergamak sungguh dia membunuh isteri sendiri. Saya terkilan kerana tidak sempat berjumpa dengan arwah ketika dia pulang ke kampung pada 5 Oktober lalu. Apabila saya hubunginya untuk mengajak makan beberapa hari lalu, arwah memaklumkan dia sudah pulang ke Nilai. Dia ada memberitahu akan pulang lagi ke kampung pada Disember ini,” katanya.

Sebelum itu, jenazah Allahyarham Norhazwani selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Tanjong, Pengkalan Kubor di sini kira-kira pukul 2 pagi ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini