Wanita 23 tahun direman bantu siasatan kes jumpa mayat bayi 

Wanita 23 tahun direman bantu siasatan kes jumpa mayat bayi di Kuala Berang

SEORANG wanita berusia 23 tahun (tengah) ditahan reman bagi membantu siasatan kes penemuan mayat bayi di Taman Perumahan Setengge, Kuala Berang, Hulu Terengganu, Terengganu. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Seorang wanita berusia 23 tahun ditahan reman empat hari sehingga 21 Oktober ini bagi membantu siasatan kes penemuan mayat bayi tanpa kepala di Taman Perumahan Padang Setengge, di sini, Jumaat lalu.

Perintah tahanan reman terhadap wanita itu dikeluarkan Majistret Nur Athirah Hashim di Mahkamah Majistret Kuala Berang d sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintenden Sharudin Abdul Wahab berkata, wanita itu ditahan pada pukul 3.30 petang semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ia berkaitan kesalahan menyembunyikan kelahiran dengan cara membuang atau menyembunyikan mayat secara sulit sama ada bayi berkenaan meninggal dunia sebelum, semasa atau selepas dilahirkan.

“Sabit kesalahan individu terbabit boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Terdahulu, mayat seorang bayi dilapor ditemukan di dalam longkang dalam keadaan tidak sempurna di kawasan Perumahan Padang Setengge oleh seorang penduduk perumahan tersebut ketika sedang membasuh pakaian di belakang rumahnya

Hasil bedah siasat di Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu mendapati, bayi tersebut meninggal dunia lebih 24 jam sebelum mayatnya ditemukan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini