Protes Perancis makin ganas, perusuh ceroboh premis jenama mewah

Protes Perancis makin ganas, perusuh ceroboh premis jenama mewah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Perusuh memecah masuk kedai di beberapa bandar di Perancis, termasuk premis jenama mewah dan kedai roti, ketika berlangsung protes berhubung kos sara hidup, menurut wartawan AFP dan pihak berkuasa.

Di Paris berhampiran Dataran Republique, cermin hadapan sebuah kedai produk penjagaan kulit pecah sebelum perusuh mencampakkan produk kecantikan kepada puluhan orang yang berkumpul di luar, menurut pemerhatian wartawan AFP.

Perusuh turut membaling telefon bimbit ke arah orang ramai selepas memecah masuk sebuah kedai telekomunikasi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Monumen utama di Dataran Republique diconteng dengan grafiti, manakala batu turap di kaki monumen itu dicabut. Sebuah bar bernama La Barrique pula terbakar.

Sekumpulan anak muda memecah masuk sebuah pasar raya berhampiran dan mengambil botol minuman beralkohol serta tin minuman sebelum membalingnya ke arah anggota polis, menurut seorang lagi wartawan AFP.

Di Marseille, bandar kedua terbesar Perancis, penunjuk perasaan yang marah merosakkan puluhan kedai, termasuk premis jenama mewah Hermes serta kedai yang menjual barang kemas, pakaian, alat solek, peralatan rumah dan roti, menurut seorang lagi wartawan AFP.

Pasukan bomba berkata, mereka turut memadamkan kebakaran yang bermula di sebuah kedai kasut.

Datuk Bandar daripada Parti Sosialis, Arnaud Deslandes memaklumkan, beberapa kedai turut dirosakkan di Perancis di Lille apabila perusuh memecah masuk sebuah kedai Apple di pusat bandar.

Beberapa kedai di Nice, bandar di selatan Perancis, turut diceroboh, termasuk premis pakaian sukan dan sebuah pengedar motosikal.

Kuasa beli penduduk Perancis merosot sejak 2024, manakala harga bahan api melonjak sejak tercetusnya perang Amerika Syarikat (AS)-Iran awal tahun ini.

Ketika Perancis bersiap sedia menghadapi pilihan raya bagi memilih pengganti Presiden, Emmanuel Macron tahun depan, kemarahan orang ramai turut meningkat sejak beberapa minggu kebelakangan ini berhubung dakwaan kekerasan polis terhadap pelajar sekolah menengah yang menyertai demonstrasi.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini