Huawei Cadangkan Next Generation OTN bagi Rangkaian Optik Sepenuhnya Berteraskan AIDC - Utusan Malaysia

PR NEWSWIRE (BM)

Huawei Cadangkan Next Generation OTN bagi Rangkaian Optik Sepenuhnya Berteraskan AIDC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

VIENNA, 16 Oktober 2026 /PRNewswire/ — Semasa NetworkX 2026 berlangsung, Huawei berkongsi visinya untuk membangunkan Rangkaian Optik Sepenuhnya "LIGHTS" pada Sidang Kemuncak Inovasi Pengangkutan Optik. Huawei menggariskan tiga gelombang peluang yang dipacu AI untuk pengendali telekomunikasi dan menjelaskan bagaimana rangkaian optik sepenuhnya berteraskan AIDC, yang dikuasakan oleh penyelesaian Next Generation OTN Huawei, membolehkan mereka memacu pertumbuhan perniagaan.

Gavin Gu delivers a speech at the summit
Gavin Gu delivers a speech at the summit

Memuatkan artikel berkaitan…

AI Memacu Tiga Gelombang Peluang untuk Pengendali Telekomunikasi

Evolusi pesat AI membawakan tiga gelombang peluang untuk pengendali telekomunikasi: saling sambung pusat data (DC) bagi penyedia hiperskala, talian persendirian untuk kuasa pengkomputeran perusahaan serta perkhidmatan pengkomputeran dan rangkaian bersepadu. Perkembangan ini membentuk semula pengangkutan optik, bermula daripada rangkaian asas yang memberikan perkhidmatan kepada pengguna individu dan isi rumah (ToC dan ToH) kepada rangkaian perniagaan yang memberikan perkhidmatan kepada perusahaan (ToB) dan AI; serta daripada perancangan berasaskan pembahagian pentadbiran kepada perancangan berteraskan AIDC.

Penyelesaian NEXT GENERATION OTN Meningkatkan Rangkaian Optik Sepenuhnya Berteraskan AIDC

Bagi merebut peluang ini, pengendali telekomunikasi memerlukan rangkaian optik sepenuhnya yang berteraskan AIDC. Huawei mencadangkan rangkaian sasaran LIGHTS sebagai keutamaan penting bagi pengendali telekomunikasi dalam era AI, dengan enam keupayaan utama: Kependaman Rendah, Operasi Pintar, Asas Hijau, Kebolehpercayaan Tinggi, Kapasiti tahap Tbps dan Jaminan Keselamatan.

Gavin Gu, presiden Domain Rangkaian Penghantaran Optik Huawei, memperkenalkan penyelesaian Next Generation OTN Huawei, yang memenuhi keperluan untuk membangunkan rangkaian sasaran LIGHTS dengan merangkumi kedua-dua senario DCI dan DCA.

Bagi DCI, Next Generation OTN menyediakan kapasiti berkelajuan ultra tinggi daripada 800G hingga 2T serta kumpulan kapasiti OTN yang menggunakan sumber minimum untuk melaksanakan kapasiti lebih awal dalam pelbagai arah. Penyelesaian ini membantu pengendali telekomunikasi mencapai masa ke pasaran (TTM) yang pantas, memaksimumkan kapasiti gentian optik serta memenuhi keperluan lebar jalur pada tahap Tbps dan penyediaan perkhidmatan pantas bagi trafik DCI.

Bagi DCA, Huawei menawarkan OXC hujung-ke-hujung (E2E) untuk seni bina terus satu lompat berjaring, WSON pada tahap milisaat bagi menjamin ketersediaan tinggi, fgOTN untuk lebar jalur fleksibel daripada 10Mbps hingga 1Gbps serta penyelesaian QKD bersepadu untuk penyulitan kuantum. Selain itu, Next Generation OTN telah dinaik taraf dari segi perkakasan dan juga perisian bagi menyediakan "rangkaian tanpa gangguan perkhidmatan" secara hujung-ke-hujung.

Rangkaian Optik Sepenuhnya LIGHTS Memacu Pertumbuhan Perniagaan

Dikuasakan oleh rangkaian optik sepenuhnya LIGHTS, pengendali telekomunikasi sedang beralih daripada model jualan yang hanya berasaskan lebar jalur kepada penyediaan keupayaan teras dan perkhidmatan nilai tambah. Talian persendirian kuasa pengkomputeran sedang berkembang maju daripada satu dimensi lebar jalur kepada pelbagai dimensi yang merangkumi lebar jalur, kependaman, kebolehpercayaan dan keselamatan. Perkembangan ini membolehkan pengendali telekomunikasi menawarkan perkhidmatan yang dibezakan untuk industri yang berbeza serta meningkatkan kuasa penetapan harga. Pada masa sama, penumpuan perkhidmatan pengkomputeran dan rangkaian juga semakin pesat. Di Hubei, China, misalnya, pengendali telekomunikasi menggabungkan kelebihan rangkaian dan pengkomputeran untuk melancarkan perkhidmatan bersepadu merentasi industri seperti pendidikan, penjagaan kesihatan dan kewangan.

Rangkaian optik sepenuhnya LIGHTS untuk era AI membantu pengendali telekomunikasi merebut peluang dipacu AI, merealisasikan pengewangan rangkaian serta mencapai pertumbuhan perniagaan. Huawei akan bekerjasama dengan rakan kongsi industri untuk memajukan inovasi teknologi dan pertumbuhan perniagaan, sekali gus mempercepat evolusi industri pengangkutan optik menuju era AI.

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/5073159_MS73159_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

TERKINI