Tragedi 'ngeri' roller coaster Six Flags ragut satu nyawa - Utusan Malaysia

Tragedi ‘ngeri’ roller coaster Six Flags ragut satu nyawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Seorang maut manakala beberapa yang lain cedera dalam satu insiden membabitkan permainan roller coaster di taman tema Six Flags Over Georgia di Amerika Syarikat (AS), menurut pihak berkuasa.

Pengerusi Daerah Cobb, Lisa Cupid berkata, detektif daripada unit jenayah berat daerah itu sedang menyiasat kejadian berkenaan.

“Satu tragedi dahsyat berlaku hari ini di Six Flags Over Georgia. Saya tidak dapat membayangkan insiden ngeri yang disaksikan pengunjung serta kakitangan hari ini dan saya turut bersedih untuk keluarga yang kehilangan insan tersayang,” katanya dalam satu kenyataan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pihak berkuasa tidak menyatakan permainan yang terbabit dalam kejadian di Georgia itu, namun media tempatan mengenal pasti permainan berkenaan sebagai roller coaster Goliath.

Pihak berkuasa juga tidak mengesahkan punca kematian mangsa atau bagaimana individu lain mengalami kecederaan dalam kejadian itu.

Bagaimanapun, rakaman udara daripada helikopter berita menunjukkan roller coaster Goliath terhenti di tengah landasan, dengan kakitangan membantu penumpang turun.

Saksi memberitahu media tempatan, mereka melihat seorang lelaki tercampak keluar daripada permainan itu.

Media tempatan, 11Alive memetik seorang saksi mendakwa lelaki itu terjatuh dari roller coaster sebelum mendarat di atas bumbung sebuah tarikan rumah berhantu.

Jurucakap Six Flags memberitahu media AS, pihak taman tema dan pihak berkuasa tempatan segera bertindak balas terhadap kejadian itu serta memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam siasatan.

“Kami amat bersedih dengan insiden yang menimpa pengunjung di taman tema kami hari ini,” kata jurucakap itu.

Pengendali taman tema Six Flags, yang memiliki beberapa taman tema di seluruh Amerika Utara, menutup sementara sembilan permainan roller coaster seumpamanya di enam taman tema sebagai langkah berjaga-jaga.

Menurut laman web taman tema itu, roller coaster berkenaan mampu mencapai kelajuan maksimum 113 kilometer sejam dengan ketinggian 61 meter.

Insiden itu berlaku selepas Six Flags bulan lalu memutuskan untuk menutup secara kekal sebuah roller coaster popular di taman temanya di California susulan dakwaan puluhan pengunjung mereka mengalami kerosakan otak selepas menaiki permainan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini