Terminal lapangan terbang antarabangsa di Riyadh terbakar akibat serangan Houthi - Utusan Malaysia

Terminal lapangan terbang antarabangsa di Riyadh terbakar akibat serangan Houthi

TERMINAL penumpang Lapangan Terbang King Khalid terbakar di Riyadh. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Gabungan antarabangsa pimpinan Arab Saudi yang memerangi Houthi di Yaman berkata pada Ahad bahawa sebuah terminal di lapangan terbang Riyadh terkena objek tidak dikenali, sehari selepas serangan maut di lokasi itu yang dikaitkan dengan kumpulan disokong Iran.

Jurucakap gabungan, Mejar Jeneral Turki al-Malki berkata, objek itu mengenai Terminal 4 di Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid sehingga menyebabkan kebakaran.

Beliau menambah bahawa sistem pertahanan udara turut  memintas dan memusnahkan sebuah peluru berpandu berhampiran lapangan terbang itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Lapangan terbang itu turut terbakar selepas serangan tersebut.

Terdahulu, dua letupan kedengaran di Riyadh pada Ahad, menurut wartawan AFP dan tiga penduduk.

Pada Sabtu lalu, kumpulan Houthi Yaman yang disokong Iran menyerang lapangan terbang di ban itu, mengorbankan 12 orang selain mencederakan ratusan lagi.

Wartawan AFP terdengar letupan kuat di tengah Riyadh, manakala tiga penduduk di bahagian utara bandar itu kemudian melaporkan terdengar satu lagi letupan.

“Burung-burung bertempiaran selepas bunyi itu kedengaran. Seluruh rumah bergegar,” kata seorang penduduk di kawasan kejiranan Al-Aarid di utara Riyadh kepada AFP.

Serangan pada Sabtu itu, yang paling dahsyat di bumi Arab Saudi dalam tempoh lebih sedekad, menandakan peningkatan ketara dalam perang Yaman. 

Riyadh menyokong kerajaan Yaman yang diiktiraf masyarakat antarabangsa dalam konflik menentang Houthi, yang menawan sebahagian besar kawasan pesisir Laut Merah dalam serangan pantas bulan lalu. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini