Turkiye sekat media sosial bawah 15 tahun mulai 1 November

Turkiye sekat media sosial bawah 15 tahun mulai 1 November

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ANKARA: Turkiye menguatkuasakan larangan penggunaan media sosial bagi kanak-kanak bawah 15 tahun mulai 1 November ini, sekali gus menyertai beberapa negara yang memperketat kawalan terhadap platform dalam talian demi melindungi golongan muda.

Keputusan itu disiarkan dalam Warta Rasmi kerajaan pada Sabtu selepas Parlimen meluluskan undang-undang berkenaan pada April lalu.

Undang-undang itu mewajibkan penyedia platform media sosial mengambil langkah teknikal dan pentadbiran, termasuk pengesahan umur, bagi memastikan perlindungan terhadap kanak-kanak dilaksanakan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ia turut menetapkan tiada perkhidmatan yang berpotensi menimbulkan kesan ketagihan dalam kalangan kanak-kanak boleh ditawarkan.

Beberapa negara termasuk Australia telah memperkenalkan sekatan media sosial untuk kanak-kanak, manakala negara lain seperti Britain dan Perancis turut berusaha melaksanakan langkah serupa.

Sekatan berkenaan bertujuan melindungi kanak-kanak daripada pelbagai risiko digital, termasuk ketagihan skrin, kekurangan tidur, buli siber dan gangguan pemakanan.

Bagaimanapun, kumpulan hak asasi mempersoalkan sekatan kebebasan bersuara di Turkiye yang didakwa menyasarkan komuniti LGBTQ, media dan pembangkang politik.

Sejumlah akaun media sosial turut disekat sejak beberapa minggu kebelakangan ini.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini