Malaysia perkukuh daya tahan hadapi ketidaktentuan global - Utusan Malaysia

Malaysia perkukuh daya tahan hadapi ketidaktentuan global

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PERSEKITARAN ekonomi global kekal terdedah dengan ketidaktentuan yang meruncing disebabkan oleh ketegangan geopolitik yang berlarutan mengakibatkan gangguan rantaian bekalan dan ketidakstabilan harga komoditi seterusnya meningkatkan kos pengeluaran serta tekanan inflasi.

Menurut laporan Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Persekutuan 2027, risiko berkaitan iklim yang semakin tinggi terus memberikan tekanan kepada keterjaminan makanan dan sumber pendapatan sekali gus memperkukuh keperluan untuk meningkatkan daya tahan dan dasar kesiapsiagaan.

“Sehubungan itu, penggubal dasar global menekankan kepentingan mengekalkan kestabilan makroekonomi dan membina semula ruang fiskal di samping melaksanakan pembaharuan struktur serta memperkukuh keupayaan institusi bagi mendepani persekitaran global yang sentiasa berubah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kemajuan dalam pelaksanaan pembaharuan struktural sejak beberapa tahun kebelakangan ini disokong oleh asas ekonomi yang teguh telah memperkukuh kedudukan Malaysia untuk melangkah ke tahun 2026 susulan prestasi ekonomi pada 2025 yang lebih baik
daripada jangkaan.

“Walau bagaimanapun, konflik di Asia Barat yang berpanjangan telah menguji keupayaan daya tahan negara sekali gus mendorong Kerajaan mempergiat usaha tindak balas bersepadu melalui Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN),” katanya dalam laporan itu.

Menurut laporan itu, pelaksanaan langkah bersasar turut memperkukuh keupayaan ekonomi dalam menghadapi kesan konflik global bagi menjamin bekalan tenaga, memelihara kesejahteraan rakyat dan menyokong perniagaan khususnya industri yang mudah terjejas serta PMKS.

“Sehubungan itu, Malaysia mengekalkan momentum pertumbuhan pada separuh pertama 2026 dipacu oleh permintaan dalam dan luar negeri yang berdaya tahan serta aktiviti pelaburan yang mampan.

“Kerajaan kekal komited untuk memperkukuh daya tahan fiskal melalui pelbagai
pembaharuan dasar sekali gus memastikan keupayaan untuk bertindak balas terhadap
cabaran mendatang.

“Pendekatan ini membolehkan Malaysia terus menyokong pelaburan produktif dan memperkukuh potensi ekonomi di samping melindungi kesejahteraan rakyat selaras dengan kerangka Ekonomi Madani,” katanya.

Pelaksanaan inisiatif pembaharuan telah menghasilkan konsolidasi fiskal yang berterusan dengan defisit fiskal dicatat lebih rendah daripada sasaran belanjawan bagi dua tahun berturutan mencerminkan pengurusan makro-fiskal yang berhemat.

Berteraskan kemajuan ini, kerajaan kekal komited untuk meneruskan konsolidasi fiskal selari dengan objektif yang digariskan di bawah Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal
2023 [Akta 850].

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini