PETALING JAYA: Perdana Menteri merakamkan penghargaan kepada seluruh pihak yang menjayakan penganjuran F1 Bahrain di Malaysia yang disifatkan sebagai pencapaian cemerlang luar biasa.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kejayaan penganjuran F1 Bahrain di Malaysia yang berlangsung secara tertib dan lancar baru-baru ini menyerlahkan keupayaan sebenar negara dalam mengendalikan acara sukan bertaraf dunia.
Katanya, ia disifatkan sebagai penanda aras baharu hasil gabungan tenaga dan komitmen jitu pelbagai pihak yang bekerja tanpa henti di sebalik tabir.
“Penghargaan kepada seluruh yang memungkin penganjuran F1 Bahrain di Malaysia yang baru selesai dengan tertib dan jayanya selain petugas, sukarelawan , penjawat awam pasukan keselamatan dan NGO bergabung tenaga semangat.
“Malaysia mampu diangkat di pentas di antarabangsa. Kita samai pencapaian pemenang pingat pelbagai kaum menunjukkan kita dapat meriah kekuatan segenap komuniti . negara berbangga dengan kalian,” katanya dalam pembentangan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat hari ini. – UTUSAN











