Suspek utama kes pembunuhan Irene Sofiya disambung reman enam hari - Utusan Malaysia

Suspek utama kes pembunuhan Irene Sofiya disambung reman enam hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Tempoh tahanan reman remaja lelaki yang merupakan suspek utama kes pembunuhan Irene Sofiya Mohd. Khairool Faisal disambung enam hari, bermula hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Perintah reman terhadap remaja berusia 16 tahun itu dikeluarkan Majistret, Aimi Nawwar Mohamad Othman.

Terdahulu, suspek yang merupakan seorang rakan sekelas mangsa dibawa ke Mahkamah Majistret di sini pada pukul 8.20 pagi.

Sebelum penahanan suspek, difahamkan dua lagi rakan sebaya mereka turut ditahan dalam tempoh beberapa jam selepas mangsa ditemukan maut dipercayai dibunuh di dalam dewan sebuah sekolah di Yong Peng, di sini.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab. Rahaman Arsad dilaporkan berkata, mangsa ditemukan dalam keadaan berlumuran darah dan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala serta tubuh badannya.

Susulan itu katanya, pihaknya telah menahan reman seorang remaja lelaki berusia 16 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini