Houthi lancar dua peluru berpandu ke arah Riyadh - Utusan Malaysia

Houthi lancar dua peluru berpandu ke arah Riyadh

SEBUAH depot minyak berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di Riyadh. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Jurucakap pakatan Arab Saudi, Mejar Jeneral Turki Al-Maliki berkata pada Khamis bahawa dua peluru berpandu balistik yang dilancarkan Houthi ke arah Riyadh berjaya dipintas dan dimusnahkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Al-Maliki berkata, sebuah lagi peluru berpandu balistik Houthi yang menyasarkan Khamis Mushait turut berjaya dipintas dan dimusnahkan.

Pintasan terbaharu itu menyusuli serangan Houthi sebelum ini terhadap kemudahan awam, termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di Riyadh dan Lapangan Terbang Antarabangsa Abha di wilayah Asir, barat daya Arab Saudi.

Tiga orang terbunuh manakala 36 lagi cedera dalam serangan berkenaan, menurut pihak berkuasa penerbangan awam Arab Saudi.

 Dua wanita, masing-masing warga Maghribi dan Algeria, terbunuh dalam serangan terhadap Lapangan Terbang Abha, yang turut menyebabkan 28 orang cedera.

Seorang lelaki warga Sudan terbunuh dan lapan lagi cedera dalam serangan terhadap Lapangan Terbang King Khalid di Riyadh.

Al-Maliki berkata, serangan terhadap orang awam dan kemudahan awam tidak akan dibiarkan tanpa tindakan.

Organisasi Arab dan serantau mengeluarkan kecaman keras dan menyifatkan tindakan terbaharu Houthi itu sebagai pelanggaran serius terhadap kedaulatan Arab Saudi serta ancaman langsung terhadap keselamatan serantau.

Pakatan itu turut berkata, pihaknya memintas dan memusnahkan sebuah peluru berpandu balistik yang dilancarkan ke arah Riyadh pada Rabu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini