Tetap pergi kerja walaupun jerebu

Tetap pergi kerja walaupun jerebu

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jerebu yang menyelubungi ibu negara dengan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) menghampiri 200 tidak menghalang warga kota meneruskan rutin harian termasuk keluar bekerja seperti biasa.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tinjauan di beberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur pagi ini mendapati orang ramai tetap memenuhi jalan raya dan kawasan tumpuan, manakala sebahagian pekerja dilihat meneruskan perjalanan ke tempat kerja meskipun keadaan udara berjerebu.

Berdasarkan data pemantauan Jabatan Alam Sekitar (JAS), Cheras merekodkan bacaan IPU 187, manakala Batu Muda 177.

Keadaan sama turut berlaku di kawasan sekitar Lembah Klang dengan Johan Setia, Selangor merekodkan bacaan 189, diikuti Putrajaya (185), Shah Alam (179) dan Petaling Jaya (175).

Situasi itu turut mencetuskan reaksi dalam media sosial apabila seorang pengguna Threads, Hafizmikhaii berseloroh mengenai harapan untuk mendapat cuti kecemasan akibat jerebu.

“Wahai rakyat Malaysia yang bekerja dan sebagainya. Selagi lampu isyarat masih nampak merah, kuning, hijau, kamu jangan harap dapat cuti darurat dek kerana JEREBU!!!!!” katanya.

Seorang lagi pengguna, yrlann pula berseloroh bahawa bukan sahaja kanak-kanak, malah golongan dewasa juga memerlukan cuti susulan keadaan jerebu.

“Orang dewasa pun perlukan cuti kerana jerebu,” katanya.

Dalam pada itu, jerebu turut menyebabkan pemandangan bangunan dan latar bandar Kuala Lumpur kelihatan kabur, terutama pada waktu pagi.

Bacaan IPU tertinggi setakat ini direkodkan di Batu Pahat, Johor iaitu 193, diikuti Johan Setia (189) dan Nilai, Negeri Sembilan (188).

Orang ramai dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar sekiranya tidak perlu dan mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengurangkan pendedahan kepada udara tercemar.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN