DUSSELDORF: Penganjur, Frank Warren mendedahkan petinju dari Jerman, Agit Kabayel, akan mempertahankan gelaran dunia heavyweight WBC buat kali pertama yang bakal menentang peninju Albania yang belum tewas, Nelson Hysa, di Dusseldorf pada 28 November ini.
Ini menjadikan pertarungan pertama Kabayel sejak diisytiharkan sebagai juara heavyweight WBC pada Jun lalu.
Kabayel sebelum ini berharap dapat menentang Oleksandr Usyk, namun pertarungan tersebut tidak menjadi kenyataan.
Pertarungan itu akan berlangsung di Mekur Spiel Arena, Dusseldorf yang mampu memuatkan sehingga 60,000 penonton.
“Ini adalah pertarungan yang kami mahu adakan.
“Agit Kabayel telah menghidupkan semula arena tinju di Jerman menerusi pencapaiannya dalam divisyen heavyweight dan dia akan membuktikannya apabila mempertahankan gelaran dunia di hadapan lebih 60,000 peminat di Dusseldorf pada 28 November.
“Ia akan menjadi satu acara yang luar biasa dan ini adalah apa yang layak diterima Agit.
“Pertarungan menentang Nelson Hysa pasti menarik kerana kedua-duanya belum pernah kalah dan mampu mencatat kemenangan menerusi KO,” katanya menerusi satu kenyataan.
Sementara itu, Hysa pula mempunyai rekod 25 kemenangan tanpa kalah, termasuk 23 kemenangan menerusi knockout (KO).
Petinju Albania itu kali terakhir beraksi pada penghujung Ogos apabila menewaskan Thomas Narmo menerusi KO pada pusingan kedua dalam pertarungan di London.
Justeru, Frank Warren yakin pertarungan itu mampu menghasilkan aksi menarik kerana kedua-dua petinju masih belum pernah tewas dan mempunyai rekod knockout yang baik. – AGENSI











