Syed Saddiq, Bella Astillah anjur kenduri di Muar dan Kota Kinabalu

Syed Saddiq, Bella Astillah bakal adakan Kenduri Rakyat di Muar dan Kota Kinabalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Berbaki beberapa hari sahaja lagi sebelum bergelar suami isteri, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Bella Astillah bakal mengadakan dua majlis resepsi bertemakan Kenduri Rakyat di kampung halaman masing-masing, iaitu di Muar, Johor pada 25 Oktober dan Kota Kinabalu, Sabah pada 31 Oktober.

Menurut Syed Saddiq, perancangan untuk mengadakan kedua-dua majlis itu dilakukan dalam tempoh kurang dua bulan selepas mereka mengambil kira kekangan masa dan kesukaran mendapatkan lokasi untuk majlis perkahwinan.

“Resepsi kami nanti bertemakan Kenduri Rakyat, di mana orang ramai dijemput untuk datang. Majlis kami nanti adalah bertemakan rewang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kalau sebelum ini sambutan Hari Raya di Muar saja sudah mencecah 10,000 orang, jadi kita menjangkakan untuk kenduri kami nanti lebih ramai yang akan datang. Jadi majlis itu nanti majlis berkonsepkan siapa cepat dia dapat.

“Sekiranya makanan habis sekalipun, kami berdua akan tetap berada di sana untuk bersama dengan tetamu yang hadir,” kata Saddiq pada majlis sidang media Walimatulurus Bella Astillah & Syed Saddiq, petang tadi.

Tambah Bella, mereka bakal menyediakan sebanyak 10,000 cenderahati istimewa untuk tetamu yang hadir pada kedua-dua majlis Kenduri Rakyat tersebut.

Dalam pada itu, Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah menjelaskan Kenduri Rakyat di Sabah akan berlangsung di Kota Kinabalu dan bukannya Sandakan seperti yang disangka sesetengah pihak.

“Saya memang gembira hendak buat majlis di Sabah sebab saya dilahirkan di Sabah, iaitu di Sandakan. Ramai yang salah faham dan ingat saya akan buat majlis di Sandakan.

“Jadi, saya nak ambil kesempatan ini untuk beritahu bahawa majlis saya nanti akan diadakan di Kota Kinabalu.

“Saya memang tak sabar. Kami juga mahu sediakan cenderahati, tetapi mengikut kemampuan. Jadi, memang saya sangat menantikannya,” katanya.

Sebelum ini, Bella dan Syed Saddiq mengumumkan bakal diijabkabulkan di Menara 118, pada 10 Oktober ini

Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 28 Mac lalu dan sebelum ini turut berkongsi mengenai perancangan majlis akad nikah yang mengangkat konsep serba putih dengan elemen Arab dan Islamik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN