Umm ali, pencuci mulut Mesir

Umm ali, pencuci mulut Mesir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pencuci mulut dari Asia Barat seperti kunafa dan baklava sudah tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat di negara ini.

Satu lagi hidangan yang turut mencuri perhatian ialah umm ali.

Menu tradisional Mesir ini hampir sama seperti puding roti, namun menggunakan croissant sebagai asas utamanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

 

Bahan-bahan
• 1 liter krim putar
• 1 liter susu segar
• 500 gram gula
• 10 keping croissant
• 10 gram kelapa parut kering
• Strawberi (untuk hiasan)

 

Cara penyediaan
• Panaskan susu, krim putar dan gula sehingga sebati.
• Potong kecil croissant yang telah dibakar.
• Susun croissant dalam acuan dan tuangkan campuran susu panas ke atasnya hingga meresap.
• Sapu krim putar yang telah dipukul hingga kembang di atas adunan.
• Taburkan kelapa parut kering di permukaan.
• Bakar selama 30 minit pada suhu 170 darjah Celsius.
• Hiaskan dengan buah-buahan pilihan dan sedia untuk dihidangkan.

 

Terima kasih : Timbalan ketua cef, Ahmad Puad Abdul Malik
Lokasi : Hotel Dorsett Putrajaya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN