Johor utus surat gesa Indonesia tangani isu jerebu

Johor utus surat kepada Indonesia, gesa tangani isu jerebu rentas sempadan

KEADAAN jerebu di Johor Bahru menjejaskan kehidupan dan urusan seharian penduduknya termasuk melibatkan pekerjaan dan persekolahan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Isu jerebu rentas sempadan yang dilihat semakin teruk melanda negeri ini sejak beberapa minggu lalu telah disuarakan kerajaan negeri secara rasmi melalui sepucuk surat kepada Konsul Jeneral Republik Indonesia (KJRI) Johor Bahru.

Difahamkan, surat bertarikh 30 September 2026 itu menyatakan kebimbangan kerajaan negeri terhadap kemerosotan kualiti udara di beberapa kawasan sehingga bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) merekodkan paras tidak sihat.

Keadaan yang masih berterusan itu telah memberi kesan langsung dan tidak langsung terhadap kesihatan dan kesejahteraan rakyat Johor, khususnya kanak-kanak, warga emas serta golongan berisiko.

Memuatkan artikel berkaitan…

Situasi jerebu yang tidak menentu ini turut menjejaskan aktiviti persekolahan, aktiviti luar dan urusan harian masyarakat di negeri ini.

Sehubungan itu, kerajaan negeri difahamkan menggesa agar tindakan tegas dan segera diambil bagi menangani punca jerebu rentas sempadan berlaku, termasuk mempertingkatkan langkah pencegahan, pemantauan serta penguatkuasaan bagi memastikan kejadian sama tidak terus berulang.

Kelmarin, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon dilaporkan berkata, tujuh daripada lapan stesen pemantauan kualiti udara di Johor mencatat bacaan IPU pada tahap tidak sihat.

Menurut beliau, antara kawasan terlibat termasuklah Pasir Gudang dengan bacaan IPU 169; diikuti Larkin (165); Kota Tinggi (160); Pengerang (155); Batu Pahat (153); Tangkak (146); dan Kluang (135).-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN