Aedy Ashraf hadiahkan ibu, kakak sebuah kereta sempena genap 33 tahun - Utusan Malaysia

Aedy Ashraf hadiahkan ibu, kakak sebuah kereta sempena genap 33 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Aedy Ashraf telah menghadiahkan ibunya, Liza Zain dan kakaknya, Nor Hidayah sebuah kereta berjenama mewah sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-33.

Menurut Aedy atau MohammadAddy Ashraf Rosmadi, kenderaan tersebut dihadiahkan buat kedua-dua insan tersayangnya itu sebagai tanda untuk menghargai pengorbanan mereka, selain menjadi sistem sokongan yang baik sepanjang bergelar anak seniz

“Aku hadiahkan juga sesuatu untuk ibu and kakak aku sempena hari jadi aku.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Aku percaya, antara sebab aku masih berdiri dan bernafas sampai hari ini adalah kerana doa mereka yang tidak pernah putus,” katanya menerusi sebuah hantaran di Threads.

Dalam masa sama, penerbit filem Tarung itu turut menyifatkan segala kejayaan yang dikecapi hari ini tidak akan berhasil tanpa dorongan ibu dan kakaknya di sisi.

“Apa yang saya berikan tidak akan pernah menandingi segala penat lelah, kasih sayang dan doa buat saya.

“Alhamdulillah, untuk satu lagi tahun kehidupan, dan untuk mereka yang sentiasa ada,” tulisnya.

Bagaimanapun, Aedy tidak mendedahkan secara terperinci jenis kenderaan mewah yang telah dihadiahkan buat ibu dan kakaknya itu.

Terdahulu, menerusi hantaran bebenang di Threads, Aedy tampil berkongsi beberapa aktiviti yang dilakukan untuk meraikan ulang tahun kelahirannya sendiri.

Antara momen yang menyentuh hati, Aedy meraikan ulang tahunnya itu dengan mengembirakan beberapa orang anak yatim serta meluangkan masa bersama bapa kandungnya yang kini berada di Bachok.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN